Sukarelawan Belia

Volunteer

Perbadanan Pembangunan Belia Negeri Pulau Pinang (Penang Youth Development Corporation – PYDC) dengan sukacitanya memperkenalkan Sukarelawan Belia Negeri Pulau Pinang (Penang Youth Volunteer) di bawah inisiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang bercita-cita tinggi untuk membina masyarakat yang progresif melalui pembangunan golongan belia selaras dengan strategi Penang 2030 Tema C2 yang menekankan peningkatan penyertaan belia, wanita dan senior dalam kehidupan masyarakat di mana PYDC mengalu-alukan penyertaan aktif belia dalam program ini. Tujuan utama program Sukarelawan Belia Negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut:

 

Menjana satu pasukan sukarelawan di kalangan belia Pulau Pinang yang berdedikasi untuk menawarkan perkhidmatan secara sukarela kepada masyarakat tempatan.

Mewujudkan platform bagi belia Pulau Pinang untuk terlibat dalam aktiviti kesukarelaan serta menggalakkan penyertaan sosial di kalangan belia.

Memperkasakan kepimpinan komuniti di kalangan belia yang seterusnya mampu memimpin generasi muda ke arah penyertaan kesukarelawanan dengan lebih menyeluruh dan holistik.

Senarai Program