Youth with Rhythm

Youth with Rhythm adalah sebuah platform yang memberi peluang dan pendedahan kepada pemuzik belia untuk mempamerkan kemahiran muzik mereka. Platform ini juga menyasarkan pemuzik belia yang sedang mencari peluang untuk membuat persembahan bagi menimba pengalaman dan meluaskan publisiti mereka.

EXCO Belia dan Sukan Negeri Pulau Penang bersama PYDC amat percaya initiatif ini penting untuk membangunkan bakat dan kreatif belia kita dan selaras dengan misi PYDC, iaitu membangunkan belia secara holistik.

Sertai Kami!

Pendaftaran Bakat Muzik Pemuda

Satu-satunya Platform Bakat Muzik Pemuda Pulau Pinang

Adakah anda seorang pemuzik / penyanyi / produser / komposer, atau mempunyai sebarang bakat berkaitan dengan industri muzik? Adakah anda memenuhi kriteria di bawah:

  1. Berumur di antara 15 hingga 40 tahun
  2. Warga Pulau Pinang atau menetap di Pulau Penang lebih dari 3 tahun

Jika jawapan anda adalah YA~ kami mengalu-alukan penyertaan anda!

Sila daftar sekarang dan menjadi ahli YIM (Youth In Music) – ahli bakat muzik pemuda Pulau Pinang!

Projek di bawah inisiatif Youth With Rhythm ini berhasrat untuk mengumpul maklumat mengenai bakat muzik pemuda di Pulau Pinang dan membina satu komuniti untuk ahli muzik pemuda di Pulau Pinang.Semua pendaftaran yang lulus proses saringan oleh 5 Panel Penggiat Muzik akan dipaparkan dalam laman web kami.

Pendaftaran Bakat Belia

Ahli Panel

Program

LovePENANG Youth Night Concert

LovePENANG Youth Night Concert

LovePENANG Youth Night Concert is here! Book your FREE ticket now before they’re out! The Penang Youth Development Corporation (PYDC)…
Chinese Orchestra Competition

Chinese Orchestra Competition

DO YOU MISS THE GLORY TIME ON STAGE? CALL OUT FOR ALL ORCHESTRA CHINESE LOVER!  <Irama Meriah Malaysia- China> Chinese…
MERDEKA TALENT SHOW

MERDEKA TALENT SHOW

MERDEKA TALENT SHOW IS BACK! PYDC is calling out all the youth who would like to showcase their extraordinary talent…

Tentang Kami

Laman Web Bakat Muzik Pemuda atau lebih dikenali sebagai ‘Youth in Music’ adalah satu platform di bawah inisiatif ‘Youth with Rhythm’ untuk mengumpul bakat belia yang mempunyai bakat muzik di Pulau Pinang. Secara tidak langsung, platform ini akan menghasilkan satu komuniti untuk mereka berhubung, berkolaborasi, dan mencipta nama dalam dunia seni. 

Pendaftaran untuk menjadi Bakat Muzik  Pemuda terbuka kepada artis individu dan juga berkumpulan yang akan dinilai oleh ahli panel yang telah lama berkecimpung dalam dunia seni untuk menjamin kualiti Bakat Muzik Pemuda. Platform ini disediakan khas untuk belia di Pulau Pinang yang berumur 15 hingga 35 tahun dan mempunyai bakat atau minat dalam bidang muzik bagi menempa nama dalam industri muzik.

© 2022 PYDC — All Rights Reserved | Website powered by BigDomain.my