BEST! Anak Penang

Skim Insentif Kecemerlangan Bakat Muda Pulau Pinang (SIKBMPP)

OBJECTIVE

Meraikan kecemerlangan & Pencapaian Belia Pulau Pinang

Akademik atau Kokurikulum

Kebangsaan dan Antarabangsa

PENGENALAN

Best! Anak Penang SIKBMPP merupakan galakan positif daripada Kerajaan Negeri untuk memberi dorongan dan penghargaan kepada golongan belia di Pulau Pinang yang berjaya dalam mengharumkan nama baik Negeri Pulau Pinang dengan memenangi kejohanan berbentuk akademik dan kokurikulum di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

INSENTIF

Bil.
Jenis Kejohanan
Kategori
Kadar Insentif (RM)
JOHAN
NAIB JOHAN
TEMPAT KETIGA
1.
Kejohanan berbentuk akademik atau kokurikulum di pertandingan peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh jabatan atau agensi Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan.
Individu
500
300
200
Pasukan
1,500
1,200
1,000
2.
Kejohanan berbentuk akademik atau kokurikulum di pertandingan peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh badan bukan kerjaan atau pihak swasta di Malaysia.
Individu
300
200
100
Pasukan
800
500
300
3.
Kejohanan berbentuk akademik atau kokurikulum di pertandingan peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh persatuan antarabangsa atau agensi kerajaan negara yang berkenaan.
Individu
1,000
800
500
Pasukan
3,000
2,500
2,000
4.
Kejohanan berbentuk akademik atau kokurikulum di pertandingan peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh badan bukan kerajaan atau pihak swasta di Malaysia.
Individu
500
300
100
Pasukan
1,000
800
500

TERMA & SYARAT

Berumur 15 tahun sehingga 30 tahun

Berwarganegara Malaysia dan dilahirkan di Pulau Pinang

Belajar secara sepenuh masa

Bermastautin (minimum 3 tahun) di Pulau Pinang

Permohonana hanya boleh dibuat satu (1) kali setahun sahaja

Jawatankuasa Penilaian SIKBMPP

Syarat Kelayakan

  1. Had umur adalah dari 15 tahun sehingga 30 tahun.

  2. Setiap individu sama ada penyertaan secara individu atau berpasukan mestilah berwarganegara Malaysia dan dilahirkan di Pulau Pinang.

  3. Belajar secara sepenuh masa/bukan golongan pelajar mestilah bermastautin (minimum 3 tahun) di Pulau Pinang.

  4. Kejohanan berbentuk akademik dan kokurikulum adalah berkaitan dengan mana-mana kursus, aktiviti atau mata pelajaran yang ternyata dalam kerangka kurikulum mereka.

  5. Permohonan kejohanan sukan tidak akan dipertimbangkan atas sebab Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan insentif yang lain untuk atlet Pulau Pinang cemerlang iaitu Skim Insentif Kemenangan Sukan (SKIMAS).

  6. Berjaya mendapat JOHAN, NAIB JOHAN atau TEMPAT KETIGA sahaja dalam kejohanan berbentuk akademik dan kokurikulum yang dipertandingkan.

  7. Kejohanan peringkat kebangsaan yang dipertandingkan mestilah disertai oleh sekurang-kurangnya lima (5) buah negeri dan disahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau yang diiktirafkan oleh badan-badan professional.

  8. Kejohanan peringkat antarabangsa yang dipertandingkan mestilah disertai oleh sekurang-kurangnya tiga (3) buah negara dan disahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau diiktirafkan oleh badan-badan professional.

  9. Kejohanan berbentuk individu atau berpasukan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

  10. Permohonan daripada individu atau pasukan hanya boleh dibuat satu (1) kali setahun sahaja, dan

  11. Permohonan dikemukakan kepada pihak PYDC selewat-lewatnya enam (6) bulan setelah tamat kejohanan tersebut.

Syarat Kelayakan

Carta Aliran Permohonan (LAMPIRAN B)

Cadangan

  • Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Skim Insentif Kecemerlangan Bakat Muda Pulau Pinang (SIKBMPP) pada setiap suku tahun untuk tujuan membuat penilaian kelayakan dan meluluskan permohonan SIKBMPP
  • Dicadangan pada bulan Februari, Mei, Ogos dan November sekiranya terdapat sebarang permohonan daripada pemenang-pemenang kejohanan yang dipertandingkan.
  • Dicadangkan kuorum untuk mesyuarat jawatankuasa adalah sebanyak 3 ahli termasuklah BPEN sebagai ahli wajib.

Persoalan

Jabatan Kewangan Negeri memberi nasihat kepada urus setia tentang prosedur dan tempoh pembayaran kepada penerima skim ini.