Skim Insentif Kecemerlangan Bakat Muda Pulau Pinang (SIKBMPP)
Syarat Kelayakan
Had umur adalah dari 15 tahun sehingga 30 tahun.
Setiap individu sama ada penyertaan secara individu atau berpasukan mestilah berwarganegara Malaysia dan dilahirkan di Pulau Pinang.
Belajar secara sepenuh masa dan bermastautin (minimum 3 tahun) di Pulau Pinang.
Kejohanan berbentuk akademik dan kokurikulum iaitu berkaitan dengan mana-mana kursus, aktiviti atau mata pelajaran yang ternyata dalam kerangka kurikulum mereka.
Permohonan kejohanan sukan tidak akan dipertimbangkan atas sebab Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan insentif yang lain untuk atlet Pulau Pinang cemerlang iaitu Skim Insentif Kemenangan Sukan (SKIMAS).
Berjaya mendapat JOHAN atau TEMPAT PERTAMA sahaja dalam kejohanan berbentuk akademik dan kokurikulum yang dipertandingkan.
Kejohanan peringkat kebangsaan yang dipertandingkan disertai oleh sekurang-kurangnya lima (5) buah negeri dan disahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan surat sokongan sebagai bukti.
Kejohanan peringkat antarabangsa yang dipertandingkan disertai oleh sekurang-kurangnya tiga (3) buah negara dan disahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan surat sokongan sebagai bukti.
Kejohanan berbentuk individu atau berpasukan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
Kejohanan yang diiktiraf oleh badan-badan profesional.
Permohonan daripada individu atau pasukan hanya boleh dibuat satu (1) kali setahun sahaja, dan
Permohonan dikemukakan kepada pihak PYDC selewat-lewatnya enam (6) bulan setelah tamat kejohanan tersebut.