Sidang Muda 2022 Penggal Pertama

Sidang Muda 2022 Penggal Pertama bakal bersidang pada 4hb Jun 2022!

Sidang Muda merupakan program anjuran tahunan Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) dengan sokongan Pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang sejak tahun 2015. Program ini merupakan satu siri latihan dan bengkel pendidikan demokrasi yang bertujuan untuk menekankan nilai kesedaran sivik, demokrasi dan kewarganegaraan dalam kalangan belia. 

Pelaksanaan program pendidikan demokrasi dan pemerkasaan belia yang dilakukan oleh Sidang Muda juga bersesuaian dengan matlamat kerajaan negeri Pulau Pinang dalam Penang 2030 iaitu untuk Memperkasakan Masyarakat Bagi Memperkukuhkan Penyertaan Sivik (Tema C). Dalam tema ini, kerajaan negeri Pulau Pinang secara khusus ingin menggalakkan lagi penyertaan belia dalam kehidupan masyarakat. Antara aspek penting yang ditekankan proses penggalakan ini adalah dengan memperkasakan organisasi-organisasi kemasyarakatan terutamanya dalam kalangan belia dan pelajar.

 

Persidangan Sidang Muda akan mencerminkan Persidangan Dewan Undangan Negeri yang sebenar dengan perjalanan dan komposisi tersebut.

Menanti-nantikan persidangan oleh anak muda kita!