Sidang Muda 2020

Sidang Muda 2020

Tarikh Program: 3 Oktober 2020 – 4 Oktober 2020
Masa: 8.00 pagi – 10.30 malam
Tarikh Perbahasan: 4 Oktober 2020 (9.00 pagi – 4.30 petang)
Tempat Perbahasan: Dewan Kenanga, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP)

Sidang Muda pada kali ini adalah lebih bermakna kerana belia diberikan peluang memberi cadangan usul yang telah dibincangkan ketika sesi perbahasan. Dengan kerjasama Pejabat Dewan Undangan Negeri, Sidang Muda memberi satu platform kepada golongan belia untuk berkongsi suara masing-masing dengan pemimpin negeri ke arah pembangunan Pulau Pinang secara lebih efektif.

Terdapat 12 orang peserta yang mengambil bahagian dalam program Sidang Muda pada kali ini. Mereka merupakan peserta yang telah mengambil bahagian dalam program Bengkel Demokrat Muda yang dijalankan pada bulan Februari dan Ogos tahun ini.

“Golongan belia adalah peneraju negara pada masa hadapan, oleh itu amatlah penting bagi kita untuk menyediakan platform yang sesuai kepada golongan ini untuk menyuarakan pendapat mereka. Suara golongan belia ini mampu membangunkan Malaysia ke arah yang lebih cemerlang dan gemilang. Negeri Pulau Pinang akan terus berusaha untuk melibatkan golongan belia dalam proses pembangunan negeri ini melalui pelbagai aktiviti yang berfaedah dari semasa ke semasa”, kata YB Soon Lip Chee.

Bukan itu sahaja, mulai pada tahun hadapan, PYDC akan bekerjasama dengan Pejabat Dun untuk menganjurkan Sidang Muda sebanyak dua kali setahun sama seperti persidangan DUN Pulau Pinang. Program ini juga adalah selaras dengan strategi Penang 2030 Tema C2 dan C3 yang menekankan peningkatan penyertaan belia, wanita dan senior dalam kehidupan masyarakat serta penyediaan platform untuk penglibatan orang awam dalam pembangunan sosial di negeri Pulau Pinang.