Sembang Covid-19 : Sampai Bila?

Menurut statistik yang telah dikeluarkan oleh pihak CPRC Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada bulan April, kadar insiden kes Covid-19 di Malaysia bagi setiap 100,000 penduduk mengikut kumpulan umur dari 1hb Januari hingga 27hb April 2021 telah menunjukkan bahawa kumpulan umur diantara 20-39 tahun mencatatkan jumlah tertinggi berbanding kumpulan umur yang lain. Golongan belia merupakan antara yang paling tertinggi dijangkiti virus ini sebanyak 50%.

Oleh itu, Pihak Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) mengalukan-alukan komuniti terutamanya golongan belia untuk mengambil bahagian dalam siri sesi bersembang ini. Kami mengadakan perbincangan langsung dimana panel-panel akan menjawab soalan yang berkenaan. Perbincangan akan tertumpu pada panel berkenaan dan bagaimana ia mempengaruhi individu dan komuniti kehidupan kita dan seterusnya. Perbincangan akan disiarkan secara langsung di laman Facebook PYDC & YB Soon Lip Chee pada hari Jumaat dan Sabtu.

SESI 1.0: SEMBANG BERSAMA BEKAS PESAKIT COVID-19

4 JUN 2021 – 8:30 PM

Penularan wabak ini telah meragut banyak nyawa rakyat Malaysia. Seramai 98 pesakit Covid-19 meninggal dunia pada 29 Mei 2021, jumlah tertinggi pernah dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini sebanyak 2,650 kes. Sebanyak 9,020 jangkitan baharu dilaporkan pada 29 Mei 2021, sekaligus menjadi yang tertinggi, pernah dilaporkan sejak penularan virus berkenaan di negara ini. Ada yang dapat kembali pulih setelah melalui detik-detik merisaukan sewaktu disahkan positif COVID-19. Sertai kami untuk mendengar pengalaman daripada pesakit dan bekas pesakit serta ahli keluarga pesakit yang disahkan positif untuk memberikan kesedaran bahawa wabak ini adalah nyata dan ianya amat bahaya serta tidak boleh diambil mudah.

Sertai kami untuk mendengar pengalaman daripada pesakit dan bekas pesakit serta ahli keluarga pesakit yang disahkan positif untuk memberikan kesedaran bahawa wabak ini adalah nyata dan ianya amat bahaya serta tidak boleh diambil mudah.

AHLI PANEL:

  • Ewe Pin, Senior Project Architect, Architectural and Interior Design
  • Amirul Izzulis, Pengasas AIMY
  • Nur Aisyah Mohd Yusoff, Penolong Setiausaha (BPEN, PSUKPP)
  • Nur Dini Asyiqin Fadillah, Pekerja Syarikat MNC

SESI 2.0: SEMBANG BERSAMA SEKTOR KESIHATAN

5 JUN 2021 – 10:00 AM

Walaupun ramai di antara kita telah menyesuaikan diri dengan ‘norma baru’ ini – memakai topeng, jarak sosial, bekerja dari rumah dan lain-lain, kita masih tertanya-tanya sampai bila semua ini akan berakhir. Setakat 31 Mei 2021, sebanyak 6,824 kes baharu dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif setakat ini sebanyak 572,367. Daripada 79,523 kes aktif, sebanya 851 jumlah kes di ICU dan 422 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan. Kes kematian baharu yang dicatatkan pada 31 Mei 2021 adalah sebanyak 67 kes. Orang ramai sedar bahawa kita sedang menunggu lama untuk mendapatkan vaksin, tetapi adakah ini satu-satunya jalan keluar dan mengapa? Sertailah kami semasa kami membincangkan perkembangan vaksin COVID-19, mengapa ini adalah jalan keluar dari wabak dan cabaran yang dihadapi para barisan hadapan.

Sertailah kami semasa kami membincangkan perkembangan vaksin COVID-19, mengapa ini adalah jalan keluar dari wabak dan cabaran yang dihadapi para barisan hadapan.

AHLI PANEL:

  • Dr. Chow Ting Soo, Pakar Perunding Perubatan dan Penyakit Berjangkit Hospital Pulau Pinang
  • Foon Hwei Foong , Ahli Farmasi Komuniti

5 JUN 2021 – 2:30 PM

SESI 3.0: SEMBANG BERSAMA PIHAK PENGUATKUASA

Semenjak PKP 1.0 dilaksanakan pada 18 Mac 2020 akibat penularan wabak COVID-19 di negara Malaysia, sehingga ke hari ini wabak tersebut masih tidak surut. Malah kerajaan telah memutuskan untuk melakukan ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara mulai 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021. Dalam perbincangan kali ini, sertailah kami bersama-sama penguatkuasa yang bertanggungjawab dalam memastikan pematuhan SOP dipatuhi rakyat Malaysia akan mengupas serba sedikit keadaan dan situasi semasa yang dihadapi mereka.

AHLI PANEL:

  • ACP Soffian Bin Santong, Ketua Polis Daerah Timur Laut Pulau Pinang
  • PgKB I Mohd Hafiz Hafizal Bin Timaradin, Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Pulau Pinang
  • Kapt (B) Mohd Feroze Bin Md Noor, Penolong Pengarah (Keselamatan) Majlis Bandaraya Pulau Pinang