Kempen Undi18 @ KADUN Bagan Jermal
Anak muda berumur 18 tahun kini mampu mengundi.
Untuk memupuk kesedaran masyarakat pelbagai lapisan dan mempromosikan tentang kesedaran dan kepentingan tentang pilihan raya di Malaysia, pihak Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) telah menganjurkan Kempen Undi18 dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Kempen Undi18 memberi tumpuan kepada kesedaran pilihan raya dan proses pengundian. Para peserta akan didedahkan dengan konsep pembinaan, pemerintahan dan pentadbiran kerajaan, turut diberi peluang untuk menyertai sesi simulasi hari pengundian sebagai satu pendedahan langsung untuk membuktikan ketelusan proses berkenaan.
Objektif
i. Meningkatkan kesedaran sivik antara golongan belia di Pulau Pinang.
ii. Menggalakkan golongan muda untuk mengundi di pilihan raya yang akan datang.
iii. Memberi pendedahan mengenai proses dan sistem pilihan raya di Malaysia.
𝗞𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡 𝗨𝗡𝗗𝗜𝟭𝟴 @ 𝗞𝗔𝗗𝗨𝗡 𝗕𝗔𝗚𝗔𝗡 𝗝𝗘𝗥𝗠𝗔𝗟
📅 27hb Mac 2022 (Ahad)
⏰ 9:00am – 12:30pm
📍 Gelanggang Bola Keranjang Taman Dahlia, Butterworth, Pulau Pinang
https://goo.gl/maps/kHNsYAEPtPVG8MKq6