Inisiatif MMK Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang
Dana Pembangunan Belia 2024
Program ini bertujuan untuk dipohon oleh pertubuhan-pertubuhan belia yang berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) atau sayap pemuda persatuan-persatuan yang berdaftar di bawah Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) (kecuali parti-parti politik) atau badan-badan yang tidak berdaftar sama ada di bawah ROY atau ROS, tetapi berdaftar di bawah akta parlimen untuk menganjurkan sesebuah program pembangunan belia.
Terbuka kepada pertubuhan-pertubuhan ROS, ROY dan pertubuhan yang berdaftar di bawah Akta Parlimen
Permohonan dikemukakan oleh Pertubuhan-pertubuhan belia yang berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) atau sayap pemuda persatuan-persatuan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS); atau badan-badan yang tidak berdaftar sama ada di bawah ROY atau ROS, tetapi berdaftar di bawah akta parlimen
Pertubuhan atau persatuan yang beralamat di Negeri Pulau Pinang
Sasaran belia
Program-program yang dianjurkan bersasarkan kepada belia-belia yang berumur dari 15 – 40 tahun dan berasal dari Negeri Pulau Pinag
Program-program yang dianjurkan berobjektifkan seperti berikut
i. Kemahiran
ii. Kebolehpasaran
iii. Kesukarelawan
iv. Berpersatuan
v. Kepimpinan
vi. Program pengiktirafan atau penganugerahanAnjuran program
Permohonan untuk program-program yang dianjurkan pada tahun 2024 dan sebelum 15 November 2024
Program-program berbentuk sukan adalah tidak dipertimbangkan
- Permohonan untuk 2024 akan dibuka pada bulan Januari dan tutup pada 31 Mac 2024 dan sekurang-kurangnya 60 hari sebelum program dilaksanakan;
- Permohonan mesti dihantar kepada urus setia melalui e-mel dpb@pydc.com.my.
- Permohonan merangkumi dokumen-dokumen berikut;
- Surat permohonan secara rasmi yang ditujukan kepada:
YB Gooi Zi Sen
Exco Belia, Sukan dan Kesihatan
Tingkat 53, Komtar
10503 Georgetown, Pulau Pinang
(u/p: Jawatankuasa Penilaian Dana Pembangunan Belia) - Kertas kerja lengkap yang meliputi isi kandungan seperti berikut;
- Muka hadapan (logo persatuan, tajuk program, nama pertubuhan, nombor pendaftaran, alamat berdaftar, nama ahli yang bertanggungjawab, nombor telefon dan alamat e-mel); beserta logo Untuk Belia Kita (muat turun di sini) di bahagian footer
- Pengenalan;
- Objektif (3-5 objektif);
- Kumpulan sasaran dan nombor sasaran;
- Butir-butir terperinci pelaksanaan program;
- Bajet yang terperinci;
- Aturcara program;
- Kesimpulan.
- Salinan sijil pendaftaran persatuan di bawah ROS, ROY, atau Akta Parlimen;
- Surat permohonan secara rasmi yang ditujukan kepada:
- Setiap permohonan akan dinilai dan diluluskan oleh Panel Penilaian Dana Pembangunan Belia;
- Jumlah dana dan bekalan yang diluluskan bergantung sepenuhnya kepada Panel Penilaian Dana Pembangunan Belia;
- Pihak urus setia akan memaklumkan pihak pemohon atas status permohonan secara rasmi melalui e-mel dan keputusan panel adalah muktamad;
- Proses permohonan mengambil masa tidak lebih daripada 15 hari bekerja;
- Sekiranya permohonan berjaya, pihak urus setia akan maklumkan kepada pemohon atas dokumen-dokumen yang diperlukan berdasarkan peruntukan yang diluluskan;
- Laporan program wajib dihantar kepada urus setia dalam masa 10 hari bekerja setelah program dilaksanakan beserta dengan gambar-gambar program yang dilaksanakan, termasuk juga gambar-gambar yang menampakkan bahan-bahan/peralatan-peralatan/dll yang dibiayai di bawah peruntukan Dana Pembangunan Belia. Kegagalan oleh pihak berkenaan untuk menyertakan laporan lengkap dalam tempoh yang ditetapkan akan disenaraihitamkan sama sekali.
Untuk sebarang pertanyaan, sila tujukan emel ke