Introduction

Rancangan MMK Belia dan Sukan dan Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) adalah untuk mewujudkan 40 Pusat Belia di Negeri Pulau Pinang dimana satu Pusat Belia akan diwujudkan di setiap KADUN.

Pusat Belia ini adalah bertujuan untuk membekalkan satu ruang kepada komuniti belia setempat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dan memanfaatkan kepada golongan belia serta masyarakat. Objektif Pusat Belia adalah untuk mengenal pasti dan memperkasakan bakat belia di seluruh negeri Pulau Pinang serta membenarkan belia berkongsi idea dan cadangan mereka untuk kesejahteraan dan kebaikan masyarakat.

Inisiatif ini juga adalah untuk memastikan proses pembangunan belia di Pulau Pinang terutamanya belia di kawasan luar bandar dapat berjalan sejajar dengan hasrat para belia.

Dewan di setiap KADUN yang dikenalpasti sesuai akan diubah suai untuk dijadikan sebagai sebuah Pusat Belia yang akan memberi manfaat kepada golongan belia disekitarnya.

Selain itu, ianya adalah untuk mewujudkan platform bagi memberi pendedahan kepada para belia dalam bidang seni, kemahiran serta teknikal, peluang kerjaya, dan sebagainya.

Penyelaras Pusat Belia

Penyelaras
Pusat Belia

Pusat Belia Penaga

En. Mohd Yusri Binti Mustafa

(Pengerusi MPKK Guar Kepah)
No. Telefon : 016-7232321

Pusat Belia Balik Pulau

En. EDWARD TAn chiew choon

(Pengerusi KRT KUALA JALAN BHARU)
No. Telefon : 019-4704499

Pusat Belia Bertam

En. SHAHIDAN BIN SAAID

(PENGERUSI MPKK PONGSU SERIBU)
No. Telefon : 019-5335689

Pusat Belia Penanti

En. AHMAD bin baharudin

(PEGAWAI SERANTA ADUN PENANTI)
No. Telefon : 019-5771488

Pusat Belia Bagan Jermal

PN. GINNY BEE CHOOI GIN

(PENGERUSI JPWK BAGAN JERMAL)
No. Telefon : 018-6669848

Pusat Belia SUNGAI PINANG

En. MOHAMAD NAYIM BIN OTHUMAN MYDIN

(PENGERUSI MPKK KAMPUNG MAQBUL)
No. Telefon : 017-4654947

Pusat Belia BATU KAWAN

En. CHEAH BOON LEONG

(PEGAWAI PSDKLPP )
No. Telefon : 017-4222898

Pusat Belia SEBERANG JAYA

En. Mohd Kherol Azhar Bin Mohd Yusoff

(PENGERUSI MPKK JALAN SEMBILANG)
No. Telefon : 017-5754418

Pusat Belia PULAU BETONG

PN. RAMLAH BEE BT ASIAHOO

(PEGAWAI KHAS ADUN PULAU BETONG)
No. Telefon : 017-4515617

Pusat Belia bukit bendera

EN. TAN KEAN TATT

(PEGAWAI SERANTA AHLI PARLIMEN BUKIT BENDERA)
No. Telefon : 016-4366667

Pusat Belia Penaga

En. Mohd Yusri Binti Mustafa

(Pengerusi MPKK Guar Kepah)
No. Telefon : 016-7232321

Pusat Belia Balik Pulau

En. EDWARD TAn chiew choon

(Pengerusi KRT KUALA JALAN BHARU)
No. Telefon : 019-4704499

Pusat Belia Bertam

En. SHAHIDAN BIN SAAID

(PENGERUSI MPKK PONGSU SERIBU)
No. Telefon : 019-5335689

Pusat Belia Penanti

En. AHMAD bin baharudin

(PEGAWAI SERANTA ADUN PENANTI)
No. Telefon : 019-5771488

Pusat Belia Bagan Jermal

PN. GINNY BEE CHOOI GIN

(PENGERUSI JPWK BAGAN JERMAL)
No. Telefon : 018-6669848

Pusat Belia SUNGAI PINANG

En. MOHAMAD NAYIM BIN OTHUMAN MYDIN

(PENGERUSI MPKK KAMPUNG MAQBUL)
No. Telefon : 017-4654947

Pusat Belia BATU KAWAN

En. CHEAH BOON LEONG

(PEGAWAI PSDKLPP )
No. Telefon : 017-4222898

Pusat Belia SEBERANG JAYA

En. Mohd Kherol Azhar Bin Mohd Yusoff

(PENGERUSI MPKK JALAN SEMBILANG)
No. Telefon : 017-5754418

Pusat Belia PULAU BETONG

PN. RAMLAH BEE BT ASIAHOO

(PEGAWAI KHAS ADUN PULAU BETONG)
No. Telefon : 017-4515617

Pusat Belia bukit bendera

EN. TAN KEAN TATT

(PEGAWAI SERANTA AHLI PARLIMEN BUKIT BENDERA)
No. Telefon : 016-4366667

Pusat Belia (Telah Dirasmi)

En. Yusri

(Pengerusi MPKK Guar Kepah)

Pusat Belia Penaga
No. Telefon: 016-7232321

En. Edward Tan

(Pengerusi KRT Kuala Jalan Bharu)

Pusat Belia Balik Pulau
No. Telefon: 017-4231188

En. Shahidan

(Pengerusi MPKK Pongsu Seribu)

Pusat Belia Bertam
No. Telefon: 019-5445689

En. Ahmad Habuna

( Pegawai Seranta ADUN )

Pusat Belia Penanti
No. Telefon: 019-5771488

Pusat Belia (Dalam Perancangan)

Puan Ginny

(Pengerusi JPWK Bagan Jermal)

Pusat Belia Bagan Jermal
No. Telefon: 012-4614305

En. Kherol

(Pengerusi MPKK Jalan Sembilang)

Pusat Belia Seberang Jaya
No. Telefon: 017-5754418

En. Nayim

(Pengerusi MPKK Kampung Maqbul)

Pusat Belia Sungai Pinang
No. Telefon: 017-4654947

Puan Ramlah

(Pegawai Khas ADUN Pulau Betong)

Pusat Belia Pulau Betong
No. Telefon: 017-4515617

En. Cheah

(Pegawai PSDKLPP)

Pusat Belia Batu Kawan
No. Telefon: 017-4222898

PUSAT BELIA PENAGA

Pusat Belia Penaga merupakan pusat belia yang pertama dirasmikan oleh Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) pada 11 April 2021. Satu Karnival Mini sempena Perasmian Pusat Belia Penaga telah diadakan dengan kerjasama MPKK Guar Kepah. Dewan Penempatan Banjir Pengkalan Bongor kini juga dijadikan sebagai Pusat Belia Penaga yang terletak di KADUN Penanti. Pusat Belia Penaga ini adalah kerjasama diantara PYDC dan MPKK Guar Kepah. Pusat Belia Balik Pulau kini dibuka kepada semua belia untuk menggunakannya dan tertakluk kepada jadual yang dikawalselia oleh pihak MPKK Guar Kepah.

Maklumat Pusat Belia Penaga

Alamat : Pusat Belia Penaga, Dewan Penempatan Banjir Pengkalan Bongor, Kampung Lahar Minyak, 13100 Penaga, Penang

Penyelaras : En. Muhammad Yusri Bin Mustafa  (Pengerusi MPKK Guar Kepah)

No. Telefon : 016-4533968

Previous slide
Next slide

Jom Sihat Fun Ride (28 November 2021)

Program Jom Sihat Ride telah berlangsung pada 28 November 2021 anjuran NRG-SHE, GKG Kepala Batas dan MPKK Guar Kepah. Program ini telah mengambil tempat di perkarangan Pusat Belia Penaga, Dewan Penempatan Banjir Pengkalan Bongor. Para peserta kebanyakannya terdiri daripada golongan belia dan mereka mengayuh daripada Pusat Belia Penaga sehingga Dataran

Previous slide
Next slide

Sembang Covid-19: ‘Home Quarantine’ (15 Oktober 2021)

Pihak Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) dengan kerjasama St. John Ambulance Malaysia Penang State Disaster Squad dan Politeknik Balik Pulau telah menganjurkan satu program yang bertajuk Sembang Covid-19: 'Home Quarantine', untuk memberi pendedahan dan maklumat berkenaan cara dan panduan ketika menjalani kuarantin di rumah kepada pesakit Covid-19. Program ini dianjurkan bersama Pusat Belia Penaga, Pusat Belia Bertam, Pusat Belia Balik Pulau dan Pusat Belia Pulau Betong. Penceramah bagi program ini adalah Dr. Suaran Singh, Pegawai Pembedahan di Hospital Besar Pulau Pinang.

Previous slide
Next slide

PYDC X PLEXUS (18 September & 15 Oktober 2021)

Pihak Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) telah bekerjasama dengan syarikat PLEXUS MANUFACTURING SDN BHD dalam menjalankan temu duga terbuka secara atas talian kepada seluruh warga negeri Pulau Pinang pada 18 September dan 15 Oktober 2021. Program ini dianjurkan bersama Pusat Belia Penaga, Pusat Belia Bertam, Pusat Belia Balik Pulau dan Pusat Khidmat KADUN Bagan Jermal. Seramai 40 orang pemohon telah mengambil bahagian dalam temu duga terbuka tersebut dan kesemuanya ditawarkan pekerjaan yang membawa maksud kadar berjaya adalah 100%. Permohonan pekerjaan bersama PLEXUS masih dibuka.

Previous slide
Next slide

Karnival Mini Sempena Majlis Perasmian Pusat Belia Penaga (11 April 2021)

Satu Karnival Mini sempena Majlis Perasmian Pusat Belia Penaga telah berjaya diadakan pada 11 April 2021 oleh YB Soon Lip Chee di Dewan Penempatan Banjir Pengkalan Bongor. Pusat Belia Penaga merupakan pusat belia yang pertama dirasmikan dibawah kelolaan PYDC. Pusat Belia Penaga ini adalah kerjasama antara PYDC dan MPKK Guar Kepah. Antara aktiviti yang terdapat disamping majlis perasmian ini adalah kayuhan basikal, bengkel gubahan bunga, Blank Canvas: Pot Art, pameran oleh agensi-agensi dan klinik sukan petanque oleh MSNPP.

PUSAT BELIA BALIK PULAU

Pusat Belia Balik Pulau adalah pusat belia yang kedua dibawah seliaan PYDC yang telah berjaya dirasmikan pada 11 Disember 2021. Dewan MPKK Kuala Jalan Bharu kini juga dijadikan sebagai Pusat Belia Balik Pulau yang terletak di KADUN Teluk Bahang. Pusat Belia Balik Pulau ini adalah kerjasama diantara PYDC dan MPKK Kuala Jalan Bharu serta Rukun Tetangga Kuala Jalan Bharu. Pusat Belia Balik Pulau kini dibuka kepada semua belia untuk menggunakannya dan tertakluk kepada jadual yang dikawalselia oleh pihak MPKK Kuala Jalan Bharu.

Maklumat Pusat Belia Balik Pulau

Alamat : Pusat Belia Balik Pulau, Dewan MPKK Kuala Jalan Bharu, Kuala Jalan Bharu, 11000, Balik Pulau

Penyelaras : En. Edward Tan (Pengerusi KRT Kuala Jalan Bharu)

No. Telefon : 017-423 1188

E-mel : edward_cctan@yahoo.com

Previous slide
Next slide

Majlis Perasmian Pusat Belia Balik Pulau (11 Disember 2021)

Majlis Perasmian Pusat Belia Balik Pulau telah berjaya dirasmikan pada 11 Disember 2021 oleh YB Soon Lip Chee di Dewan MPKK Kuala Jalan Bharu. Pusat Belia Balik Pulau merupakan pusat belia yang kedua dibawah kelolaan PYDC. Pusat Belia Balik Pulau ini adalah kerjasama antara PYDC dan MPKK Kuala Jalan Bharu serta Rukun Tetangga Kuala Jalan Bharu. Antara aktiviti yang terdapat disamping majlis perasmian ini adalah kayuhan basikal, temu duga terbuka oleh FLEX & GREATECH, pameran oleh agensi-agensi dan klinik sukan angkat berat dan olahraga oleh MSNPP.

Previous slide
Next slide

Spring Cleaning @ Kuala Jalan Bharu (04 Disember 2021)

Satu aktiviti gotong-royong telah diadakan pada 4 Disember 2021 di Kuala Jalan Bharu. Seramai 15 orang Sukarelawan Belia Pulau Pinang telah menyertai aktiviti ini bagi menolong satu keluarga yang memerlukan pertolongan di kawasan Kuala Jalan Bharu, Balik Pulau untuk membersihkan rumah selepas dilanda banjir. PYDC telah bekerjasama dengan MPKK Kuala Jalan Bharu, KRT Kuala Jalan Bharu serta Majlis Bandaraya Pulau Pinang bagi membantu keluarga tersebut yang dimana kawasan rumah mereka juga berhampiran dengan Pusat Belia Balik Pulau.

Previous slide
Next slide

Sembang Covid-19: ‘Home Quarantine’ (15 Oktober 2021)

Pihak Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) dengan kerjasama St. John Ambulance Malaysia Penang State Disaster Squad dan Politeknik Balik Pulau telah menganjurkan satu program yang bertajuk Sembang Covid-19: 'Home Quarantine', untuk memberi pendedahan dan maklumat berkenaan cara dan panduan ketika menjalani kuarantin di rumah kepada pesakit Covid-19. Program ini dianjurkan bersama Pusat Belia Penaga, Pusat Belia Bertam, Pusat Belia Balik Pulau dan Pusat Belia Pulau Betong. Penceramah bagi program ini adalah Dr. Suaran Singh, Pegawai Pembedahan di Hospital Besar Pulau Pinang.

Previous slide
Next slide

Column Writing x SMJK (C) Sacred Heart (6 Oktober 2021)

Pihak Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) telah bekerjasama dengan SJK (C) Sacred Heart dalam menganjurkan satu Pertandingan Tulisan Lajur kepada para pelajar sekolah tersebut. Pertandingan yang telah membawa tema “Pembelajaran Masa Hadapan: Mampukah Pembelajaran secara Maya menggantikan Pembelajaran Tradisional?”. Pertandingan ini telah terbuka kepada dua kategori umur iaitu 15-17 tahun dan 18-30 tahun, manakala dipecahkan kepada 4 kategori Bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Seramai 18 peserta telah memenangi pertandingan tersebut mengikut kategori masing-masing. Pertandingan ini dianjurkan bagi menggalak anak muda untuk terus menulis kerana ini dapat memperbaiki daya pemikiran kritis dan membenarkan belia untuk melihat dari sudut pandang yang berbeza.

Previous slide
Next slide

PYDC X PLEXUS (18 September & 15 Oktober 2021)

Pihak Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) telah bekerjasama dengan syarikat PLEXUS MANUFACTURING SDN BHD dalam menjalankan temu duga terbuka secara atas talian kepada seluruh warga negeri Pulau Pinang pada 18 September dan 15 Oktober 2021. Program ini dianjurkan bersama Pusat Belia Penaga, Pusat Belia Bertam, Pusat Belia Balik Pulau dan Pusat Khidmat KADUN Bagan Jermal. Seramai 40 orang pemohon telah mengambil bahagian dalam temu duga terbuka tersebut dan kesemuanya ditawarkan pekerjaan yang membawa maksud kadar berjaya adalah 100%. Permohonan pekerjaan bersama PLEXUS masih dibuka.

PUSAT BELIA BERTAM

Pusat Belia Bertam adalah pusat belia yang ketiga dibawah seliaan PYDC yang telah dirasmikan pada 27 Oktober 2021. Dewan MPKK Pongsu Seribu kini juga dijadikan sebagai Pusat Belia Bertam yang terletak di KADUN Bertam. Pusat Belia Bertam ini adalah kerjasama diantara PYDC dan MPKK Pongsu Seribu. Pusat Belia Bertam kini dibuka kepada semua belia untuk menggunakannya dan tertakluk kepada jadual yang dikawalselia oleh pihak MPKK Pongsu Seribu.

Maklumat Pusat Belia Bertam

Alamat   : Dewan Komuniti Pongsu Seribu, No. 135, Taman Orkid Pongsu Seribu, 13200, Kepala Batas, Seberang Perai Utara

Penyelaras : En. Shahidan Bin Saaid (Pengerusi MPKK Pongsu Seribu)

No. Telefon : 019-544 5689

E-mel : mpkkpongsuseribu@gmail.com

Previous slide
Next slide

Pertandingan Sepak Raga Tuju (5 Disember 2021)

Satu Pertandingan Sepak Raga Tuju telah berjaya diadakan pada 5 Disember 2021 di Pusat Belia Bertam. Pertandingan ini telah dirasmikan oleh YB Soon Lip Chee di gelanggang dewan berbumbung berhadapan Pusat Belia Bertam. Sebanyak 10 pasukan telah mendaftar dan menyertai pertandingan tersebut yang bermula dari jam 8 pagi sehingga 3 petang. Sukan Sepak Raga Tuju ini ingin diperluaskan kepada lebih banyak kawasan agar sukan ini mendapat pengiktirafan menjadi sukan di peringkat kebangsaan.

Previous slide
Next slide

Sembang Covid-19: ‘Home Quarantine’ (15 Oktober 2021)

Pihak Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) dengan kerjasama St. John Ambulance Malaysia Penang State Disaster Squad dan Politeknik Balik Pulau telah menganjurkan satu program yang bertajuk Sembang Covid-19: 'Home Quarantine', untuk memberi pendedahan dan maklumat berkenaan cara dan panduan ketika menjalani kuarantin di rumah kepada pesakit Covid-19. Program ini dianjurkan bersama Pusat Belia Penaga, Pusat Belia Bertam, Pusat Belia Balik Pulau dan Pusat Belia Pulau Betong. Penceramah bagi program ini adalah Dr. Suaran Singh, Pegawai Pembedahan di Hospital Besar Pulau Pinang.

Previous slide
Next slide

PYDC X PLEXUS (18 September & 15 Oktober 2021)

Pihak Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) telah bekerjasama dengan syarikat PLEXUS MANUFACTURING SDN BHD dalam menjalankan temu duga terbuka secara atas talian kepada seluruh warga negeri Pulau Pinang pada 18 September dan 15 Oktober 2021. Program ini dianjurkan bersama Pusat Belia Penaga, Pusat Belia Bertam, Pusat Belia Balik Pulau dan Pusat Khidmat KADUN Bagan Jermal. Seramai 40 orang pemohon telah mengambil bahagian dalam temu duga terbuka tersebut dan kesemuanya ditawarkan pekerjaan yang membawa maksud kadar berjaya adalah 100%. Permohonan pekerjaan bersama PLEXUS masih dibuka.

Previous slide
Next slide

G.E.M.S. @ Pusat Belia Bertam (16 Julai 2022 - 1 Oktober 2022)

Program G.E.M.S. atau nama lain 'Gainful English, Maths and Science' merupakan usahasama PYDC dan UOW Malaysia KDU Penang serta MPKK Pongsu Seribu. Program yang berdurasi selama 11 minggu yang mempunyai 3 subjek STEM ini diharapkan mampu untuk membantu adik-adik berumur 10, 11 dan 12 tahun agar mendapat lebih pendedahan. Program ini bermula pada hari ini 16 Julai 2022 dan akan berakhir pada 1 Oktober 2022.

PUSAT BELIA PENANTI

Pusat Belia Penanti adalah pusat belia yang keempat dibawah seliaan PYDC yang telah dirasmikan pada 27 November 2021. Satu ruang di dalam Dewan Pintar Taman Guar Perahu kini juga dijadikan sebagai Pusat Belia Penanti yang terletak di KADUN Penanti. Pusat Belia Penanti ini adalah kerjasama diantara PYDC dan Pusat Khidmat KADUN Penanti. Pusat Belia Penanti kini dibuka kepada semua belia untuk menggunakannya dan tertakluk kepada jadual yang dikawalselia oleh pihak Pusat Khidmat KADUN Penanti.

Maklumat Pusat Belia Penanti

Alamat : Pusat Belia Penanti, Dewan Serbaguna Taman Guar Perahu, Taman Guar Perahu, 14400 Kubang Semang, Pulau Pinang

Penyelaras : En. Ahmad Habuna (Pegawai Seranta Pusat Khidmat ADUN Penanti)

No. Telefon : 019-577 1488

E-mel : habuna06@yahoo.com.my

Previous slide
Next slide

Karnival Jom Kerja Penanti & Majlis Perasmian Pusat Belia Penanti (27 November 2021)

Perasmian Pusat Belia Penanti telah berjaya dirasmikan oleh YB Soon Lip Chee pada 27 November 2021 di Dewan Pintar Taman Guar Perahu. Pusat Belia Penanti merupakan Pusat Belia yang keempat berjaya dirasmikan dibawah seliaan PYDC. Majlis Perasmian Pusat Belia Penanti ini diadakan sempena dengan Karnival Jom Kerja Penanti yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat ADUN Penanti. Turut hadir bagi majlis perasmian ini adalah YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh, YB Dr Hjh Norlela Ariffin, ADUN Penanti merangkap Exco Agroteknologi & Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, YB Abdullah Sani Abdul Halim, Ahli Parlimen Kapar, Dr Gwee Sai Ling, Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang dan Puan Elmariah Chung, Pengarah AADK Pulau Pinang. Antara aktiviti yang terdapat disamping majlis perasmian ini adalah temu duga terbuka, sesi dialog, acara panah tempur, bengkel suntingan video dan mural art.

Previous slide
Next slide

Video Editing Workshop (27 November 2021)

Satu bengkel Video Editing telah dijalankan bersempena Karnival Jom Kerja Penanti 2021 & Majlis Perasmian Pusat Belia Penanti pada 27 November 2021 di dalam ruangan Pusat Belia Penanti. 5 orang peserta telah menghadiri bengkel tersebut yang diajar oleh En Jae C. Banyak ilmu yang telah diajar oleh En Jae C kepada para peserta walaupun bengkel tersebut hanya berlangsung selama satu jam.

Previous slide
Next slide

Blank Canvas : Mural Art Penanti (27 November 2021)

Sempena dengan Karnival Jom Kerja Penanti 2021 & Majlis Perasmian Pusat Belia Penanti pada 27 November 2021, satu program Blank Canvas : Mural Art telah dijalankan di Pusat Belia Penanti dimana dinding bangunan Dewan Badminton Taman Guar Perahu telah dilukis dan diwarna mengikut tema ‘Penanti Lawan Dadah’. Inisiatif ini adalah bersama PYDC, Pusat Khidmat ADUN Penanti dan Agensi Antidadah Kebangsan (AADK). Seramai 8 orang Sukarelawan Belia Pulau Pinang telah menyertai program ini.

PUSAT BELIA BAGAN JERMAL

Pusat Belia Bagan Jermal adalah pusat belia yang kelima dibawah seliaan PYDC yang telah dirasmikan pada 6 Mac 2022. Dewan JKKK Mukim 14 kini dijadikan sebagai Pusat Belia Bagan Jermal yang terletak di KADUN Bagan Jermal. Pusat Belia Bagan Jermal ini adalah kerjasama diantara PYDC dan JPWK KADUN Bagan Jermal. Pusat Belia Bagan Jermal kini dibuka kepada semua belia untuk menggunakannya dan tertakluk kepada jadual yang dikawalselia oleh pihak JPWK KADUN Bagan Jermal.

Maklumat Pusat Belia Bagan Jermal
Alamat   : Pusat Belia Bagan Jermal, Dewan JKKK MUKIM 14, No. 26, Medan Melur Selatan, Taman Sin Tat, 12300 Butterworth, Pulau Pinang

Penyelaras : Bee Chooi Gin (Ginny) (Pengerusi JPWK Bagan Jermal)

No. Telefon : 018-666 9848

E-mel : jpwkbaganjermal@gmail.com
Previous slide
Next slide

Majlis Perasmian Pusat Belia Bagan Jermal (6 Mac 2022)

Perasmian Pusat Belia Bagan Jermal telah berjaya dirasmikan oleh YB Soon Lip Chee pada 6 Mac 2022 di Dewan JKKK Mukim 14. Pusat Belia Bagan Jermal merupakan Pusat Belia yang kelima berjaya dirasmikan dibawah seliaan PYDC. Majlis Perasmian Pusat Belia Bagan Jermal ini turut dihadiri oleh Dr Gwee Sai Ling, Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang, Puan Ginny Bee Chooi Gin, Pengerusi JPWK KADUN Bagan Jermal merangkap Penyelaras Pusat Belia Bagan Jermal, Encik Lee Wei Seang, Ahli Majlis MBPP, wakil-wakil MPKK KADUN Bagan Jermal, wakil-wakil persatuan dan ramai lagi. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak JPWK KADUN Bagan Jermal, MPKK Kampung Simpah, persatuan-persatuan belia setempat, rakan-rakan media serta para hadirin yang telah bersama-sama PYDC dalam memastikan Majlis Perasmian Pusat Belia Bagan Jermal berjaya dirasmikan pada hari ini. Selain itu, tidak dilupakan juga ucapan penghargaan dan terima kasih buat 4 syarikat yang menyertai Temu Duga Terbuka sempena Majlis Perasmian Pusat Belia Bagan Jermal iaitu FLEX, GREATECH INTEGRATION, PLEXUS dan SUBWAY. Terima juga buat pihak BM Board Game Kaki dan Penang Clan Youth Association yang menyertai majlis hari ini dengan mengadakan ceramah dan stesen 'board game'.

Previous slide
Next slide

PYDC X PLEXUS (18 September & 15 Oktober 2021)

Pihak Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) telah bekerjasama dengan syarikat PLEXUS MANUFACTURING SDN BHD dalam menjalankan temu duga terbuka secara atas talian kepada seluruh warga negeri Pulau Pinang pada 18 September dan 15 Oktober 2021. Program ini dianjurkan bersama Pusat Belia Penaga, Pusat Belia Bertam, Pusat Belia Balik Pulau dan Pusat Khidmat KADUN Bagan Jermal. Seramai 40 orang pemohon telah mengambil bahagian dalam temu duga terbuka tersebut dan kesemuanya ditawarkan pekerjaan yang membawa maksud kadar berjaya adalah 100%. Permohonan pekerjaan bersama PLEXUS masih dibuka.

Previous slide
Next slide

Blank Canvas : Oil Painting Workshop (23 Januari 2021)

Satu bengkel iaitu Blank Canvas: Oil Painting Workshop telah diadakan di Pusat Belia Bagan Jermal pada 23 Januari 2022. Bengkel ini telah disertai seramai 20 orang belia. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Cikgu Hunny Ooi. Objektif program ini adalah untuk mencungkil bakat terpendam belia dalam bidang seni dan juga untuk memberi platform buat para belia meluangkan masa hujung minggu dengan aktiviti yang berfaedah.

PUSAT BELIA SUNGAI PINANG

Pusat Belia Sungai Pinang adalah pusat belia yang keenam dibawah seliaan PYDC yang telah dirasmikan pada 19 Mac 2022. Dewan MPKK Kampung Maqbul (tingkat atas) kini dijadikan sebagai Pusat Belia Sungai Pinang yang terletak di KADUN Sungai Pinang. Pusat Belia Sungai Pinang ini adalah kerjasama diantara PYDC dan MPKK Kampung Maqbul. Pusat Belia Sungai Pinang kini dibuka kepada semua belia untuk menggunakannya dan tertakluk kepada jadual yang dikawalselia oleh pihak MPKK Kampung Maqbul.

Maklumat Pusat Belia Sungai Pinang
Alamat : Pusat Belia Sungai Pinang, Dewan MPKK Kampung Maqbul, 55, Jalan Maqbul, 10000 Jelutong, Pulau Pinang

Penyelaras : Muhamad Nayim bin Othuman Mydin (Pengerusi MPKK Kampung Maqbul)

No. Telefon : 017-4654947

E-mel : muhammad.nayim13@gmail.com
Previous slide
Next slide

Majlis Perasmian Pusat Belia Sungai Pinang (19 Mac 2022)

Pusat Belia yang pertama di daerah Timur Laut iaitu Pusat Belia Sungai Pinang telah dirasmikan hari ini, 19 Mac 2022 oleh YB Soon Lip Chee, EXCO Belia dan Sukan Pulau Pinang. Pusat Belia Sungai Pinang juga merupakan pusat belia yang keenam dibawah kelolaan PYDC dan pusat belia ini diselia oleh kerjasama dengan MPKK Kampung Maqbul. Turut hadir bagi majlis perasmian ini adalah YB Lim Siew Khim, ADUN Sungai Pinang, Dr Gwee Sai Ling, Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang, Encik Asri, Penghulu Parlimen Jelutong dan Encik Nayim Othuman Mydin, Pengerusi MPKK Kampung Maqbul merangkap Penyelaras Pusat Belia Sungai Pinang dan Encik Khairul Ali, Ahli Majlis MBPP. Selain itu, terdapat satu Temu Duga Terbuka oleh PERKESO dan 4 syarikat iaitu FLEX, PENTAMASTER, UWC Berhad dan B.BRAUN. Wak Long Music & Art Centre juga telah menyertai majlis perasmian dengan mengadakan Bengkel Wau Bulan.

Previous slide
Next slide

Art In Motion : Bengkel Wau Bulan (19 Mac 2022)

Sempena Majlis Perasmian Pusat Belia Sungai Pinang yang berlangsung pada 19 Mac 2022, satu bengkel Art In Motion : Bengkel Wau Bulan telah diadakan. Bengkel yang disertai seramai 13 orang ini telah berlangsung dari jam 8:30 pagi sehingga 10:00 pagi. Para peserta telah mendapat tunjuk ajar daripada tenaga pengajar Wak Long Music & Art Centre. Mereka juga menikmati proses pembuatan wau bulan disamping dapat membawa pulang wau bulan yang dihasilkan mereka ke rumah. Bengkel diakhiri dengan majlis perasmian serta para peserta menerima sijil penyertaan.

Previous slide
Next slide

Youth Eco Generation Campaign (8 Januari 2022)

Program ini adalah diinisiatifkan oleh Sukarelawan Belia Pulau Pinang bagi meningkatkan kesedaran dan penyertaan golongan belia dalam isu alam sekitar. Objektifnya adalah bagi memberi pendedahan kepada belia komuniti tentang isu alam sekitar serta pengurusan sisa harian di Pulau Pinang.

PUSAT BELIA BATU KAWAN

Pusat Belia Batu Kawan adalah pusat belia yang ketujuh dibawah seliaan PYDC yang telah dirasmikan pada 29 Mei 2022. Satu ruang di dalam Stadium Negeri Batu Kawan telah dijadikan sebagai Pusat Belia Batu Kawan yang terletak di KADUN Bukit Tambun. Pusat Belia Batu Kawan ini adalah kerjasama diantara PYDC dan Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang (PSDKLPP). Pusat Belia Batu Kawan kini dibuka kepada semua belia untuk menggunakannya dan tertakluk kepada jadual yang dikawalselia oleh pihak PSDKLPP.

Maklumat Pusat Belia Batu Kawan
Alamat   : Pusat Belia Batu Kawan, Stadium Negeri Batu Kawan, 14100 Simpang Ampat, Pulau Pinang.

Penyelaras : En. Cheah Boon Leong (Pegawai PSDKLPP)

No. Telefon : 017-4222898
Previous slide
Next slide

Majlis Perasmian Pusat Belia Batu Kawan (29 Mei 2022)

Majlis Perasmian Pusat Belia Batu Kawan yang dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) dan Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang (PSDKLPP) telah berjaya dirasmikan oleh YB Soon Lip Chee, EXCO Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang pada 29 Mei 2022. Turut hadir bagi majlis perasmian ini adalah YB Kasthuriraani A/P Patto, Ahli Parlimen Batu Kawan, YB Goh Choon Aik, ADUN Bukit Tambun dan Tuan Zul Kahar Bin Khamis, Ketua Eksekutif PSDKLPP. Pusat Belia Batu Kawan yang juga dikenali sebagai Talent Developing Society, Zero2Maker merupakan pusat belia yang ketujuh berjaya dirasmikan dibawah kelolaan PYDC. Pusat Belia Batu Kawan ini juga merupakan pusat belia yang pertama diwujudkan di daerah Seberang Perai Selatan, iaitu di KADUN Bukit Tambun dimana ianya terletak di dalam Stadium Negeri Batu Kawan. Majlis perasmian dimeriahkan lagi dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang Pertandingan Merekacipta T-Shirt ‘Youth For Future. Selain itu, satu sesi pelancaran buku ‘Column Writing’ turut mengambil bahagian dalam majlis perasmian ini.

Previous slide
Next slide

Let’s Excel (29 Mei 2022)

Bersempena dengan majlis perasmian Pusat Belia Batu Kawan pada 29 Mei 2022 di Stadium Batu Kawan, satu bengkel Excel peringkat pertengahan telah dijalankan oleh Encik Neoh Hock Soon, jurulatih HRDF & MOS bertauliah dari MNOSYS bagi meningkatkan kemahiran digital belia. Seramai 13 peserta telah menyertai bengkel tersebut dan kesemua komputer riba yang digunakan ditaja oleh Intel. Bengkel bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 5 petang. Majlis perasmian berlangsung di antara bengkel Excel dari jam 2 petang hingga 3.30 petang.

Gallery

Rakan Kerjasama

MPKK
Ladang
Lada

MPKK
Guar Kepah

MPKK
Kampung
Maqbul

MPKK
Jalan
Sembilang

Hubungi

If you have any enquiries, please contact us:

Penang Youth Development Corporation (PYDC)

PYDC

youthforfuturepg

© 2021 IYC — All Rights Reserved | Website powered by BigDomain.my