Inisiatif MMK Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang
Dana Pembangunan Belia 2025
Program ini bertujuan untuk dipohon oleh pertubuhan-pertubuhan belia yang berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) atau sayap pemuda persatuan-persatuan yang berdaftar di bawah Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) (kecuali parti-parti politik) atau badan-badan yang tidak berdaftar sama ada di bawah ROY atau ROS, tetapi berdaftar di bawah akta parlimen untuk menganjurkan sesebuah program pembangunan belia.
Terbuka kepada pertubuhan-pertubuhan ROS, ROY dan pertubuhan yang berdaftar di bawah Akta Parlimen
Permohonan dikemukakan oleh Pertubuhan-pertubuhan belia yang berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) atau sayap pemuda persatuan-persatuan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS); atau badan-badan yang tidak berdaftar sama ada di bawah ROY atau ROS, tetapi berdaftar di bawah akta parlimen
Pertubuhan atau persatuan yang beralamat di Negeri Pulau Pinang
Sasaran belia
Program-program yang dianjurkan bersasarkan kepada belia-belia yang berumur dari 15 – 35 tahun dan berasal dari Negeri Pulau Pinang
Program-program yang dianjurkan berobjektifkan seperti berikut
i. Kemahiran
ii. Kebolehpasaran
iii. Kesukarelawan
iv. Berpersatuan
v. Kepimpinan
vi. Program pengiktirafan atau penganugerahanAnjuran program
Permohonan untuk program-program yang dianjurkan pada tahun 2024 dan sebelum 15 November 2025
Program-program berbentuk sukan adalah tidak dipertimbangkan
- Permohonan bagi tahun 2025 akan dibuka pada bulan Januari 2025 dan tutup pada 15 Mac 2025.
- Permohonan mesti dihantar kepada urus setia melalui e-mel dpb@pydc.com.my.
- Surat permohonan secara rasmi yang ditujukan kepada pihak urus setia : Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang, 8-3-09, Sunny Point Complex, Kampung Batu Uban, 11700 Gelugor, Pulau Pinang, Tel: 012-4010186, E-mel : dpb@pydc.com.my, Laman web: www.pydc.com.my/dpb
- Permohonan akan dinilai dan diluluskan oleh Jawatankuasa Penilaian Dana Pembangunan Belia.
- Jumlah dana yang diluluskan bergantung sepenuhnya kepada keputusan Jawatankuasa Penilaian Dana Pembangunan Belia dan dalam lingkungan RM 5,000;
- Pemohon perlu melengkapkan Bahagian A iaitu Senarai Semak Dokumen Permohonan Dana Pembangunan Belia Pulau Pinang (Lampiran A) bagi penilaian dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Dana Pembangunan Belia.
- Status permohonan akan dimaklumkan oleh urus setia dalam tempoh 7 hari bekerja SELEPAS Mesyuarat Jawatankuasa Dana Pembangunan Belia secara rasmi melalui e-mel dan keputusan Jawatankuasa Penilaian Dana Pembangunan Belia adalah muktamad;
- Proses pembiayaan dana hanya akan dilaksanakan dalam tempoh 14 hari SELEPAS Bahagian B dalam Senarai Semak Dokumen Permohonan Dana Pembangunan Belia Pulau Pinang (Lampiran A) dilengkapkan; iaitu penyerahan laporan program.
- Laporan program wajib dihantar kepada urus setia dalam tempoh masa 30 hari bekerja dan dalam format PDF setelah program dilaksanakan mengikut format Laporan Pelaksanaan Program seperti dalam Lampiran B dan C. Kelulusan dana akan dibatalkan sekiranya laporan tidak atau lewat diserahkan;
- Sebarang perubahan tarikh, tempat dan program perlu dimaklumkan kepada urus setia secara rasmi melalui surat rasmi sebelum program dilaksanakan.
Senarai Semak & Templat Laporan Program
1. Permohonan Dana Pembangunan Belia perlu dikemukakan dan melengkapkan Bahagian A dalam Senarai Semak Dokumen Permohonan Dana Pembangunan Belia Pulau Pinang (Lampiran A) kepada urus setia melalui alamat emel dpb@pydc.com.my sebelum 31 Mac 2025;
2. Melengkapkan Bahagian B dalam Senarai Semak dilengkapkan, iaitu penyerahan laporan program mengikut format lampiran B dan C dalam tempoh 30 hari selepas pelaksanaan program;
3. Proses pembiayaan dana hanya akan dilaksanakan dalam tempoh 14 hari SELEPAS Bahagian B dalam Senarai Semak Dokumen Permohonan Dana Pembangunan Belia Pulau Pinang (Lampiran A) dilengkapkan; iaitu penyerahan laporan program;
4. Sila klik gambar sebelah untuk dapatkan Borang Lampiran A.
Untuk sebarang pertanyaan, sila tujukan emel ke