Introduction

Rancangan MMK Belia dan Sukan dan Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) adalah untuk mewujudkan 40 Pusat Belia di Negeri Pulau Pinang dimana satu Pusat Belia akan diwujudkan di setiap KADUN. Pusat Belia ini adalah bertujuan untuk membekalkan satu ruang kepada komuniti belia setempat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dan memanfaatkan kepada golongan belia serta masyarakat. Objektif Pusat Belia adalah untuk mengenal pasti dan memperkasakan bakat belia di seluruh negeri Pulau Pinang serta membenarkan belia berkongsi idea dan cadangan mereka untuk kesejahteraan dan kebaikan masyarakat. Inisiatif ini juga adalah untuk memastikan proses pembangunan belia di Pulau Pinang terutamanya belia di kawasan luar bandar dapat berjalan sejajar dengan hasrat para belia. Dewan di setiap KADUN yang dikenalpasti sesuai akan diubah suai untuk dijadikan sebagai sebuah Pusat Belia yang akan memberi manfaat kepada golongan belia disekitarnya. Selain itu, ianya adalah untuk mewujudkan platform bagi memberi pendedahan kepada para belia dalam bidang seni, kemahiran serta teknikal, peluang kerjaya, dan sebagainya.

Pusat Belia (Telah Dirasmi)

En. Yusri

(Pengerusi MPKK Guar Kepah)

Pusat Belia Penaga
No. Telefon: 016-7232321

En. Edward Tan

(Pengerusi KRT Kuala Jalan Bharu)

Pusat Belia Balik Pulau
No. Telefon: 017-4231188

En. Shahidan

(Pengerusi MPKK Pongsu Seribu)

Pusat Belia Bertam
No. Telefon: 019-5445689

En. Ahmad Habuna

( Pegawai Seranta ADUN )

Pusat Belia Penanti
No. Telefon: 019-5771488

Pusat Belia (Dalam Perancangan)

Puan Ginny

(Pengerusi JPWK Bagan Jermal)

Pusat Belia Bagan Jermal
No. Telefon: 012-4614305

En. Kherol

(Pengerusi MPKK Jalan Sembilang)

Pusat Belia Seberang Jaya
No. Telefon: 017-5754418

En. Nayim

(Pengerusi MPKK Kampung Maqbul)

Pusat Belia Sungai Pinang
No. Telefon: 017-4654947

Puan Ramlah

(Pegawai Khas ADUN Pulau Betong)

Pusat Belia Pulau Betong
No. Telefon: 017-4515617

En. Cheah

(Pegawai PSDKLPP)

Pusat Belia Batu Kawan
No. Telefon: 017-4222898

PUSAT BELIA PENAGA

Pusat Belia Penaga merupakan pusat belia yang pertama dirasmikan oleh Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) pada 11 April 2021. Satu Karnival Mini sempena Perasmian Pusat Belia Penaga telah diadakan dengan kerjasama MPKK Guar Kepah. Dewan Penempatan Banjir Pengkalan Bongor kini juga dijadikan sebagai Pusat Belia Penaga yang terletak di KADUN Penanti. Pusat Belia Penaga ini adalah kerjasama diantara PYDC dan MPKK Guar Kepah. Pusat Belia Balik Pulau kini dibuka kepada semua belia untuk menggunakannya dan tertakluk kepada jadual yang dikawalselia oleh pihak MPKK Guar Kepah.

Maklumat Pusat Belia Penaga

Alamat : Pusat Belia Penaga, Dewan Penempatan Banjir Pengkalan Bongor, Kampung Lahar Minyak, 13100 Penaga, Penang

Penyelaras : En. Muhammad Yusri Bin Mustafa  (Pengerusi MPKK Guar Kepah)

No. Telefon : 016-4533968

Previous slide
Next slide

Jom Sihat Fun Ride (28 November 2021)

Program Jom Sihat Ride telah berlangsung pada 28 November 2021 anjuran NRG-SHE, GKG Kepala Batas dan MPKK Guar Kepah. Program ini telah mengambil tempat di perkarangan Pusat Belia Penaga, Dewan Penempatan Banjir Pengkalan Bongor. Para peserta kebanyakannya terdiri daripada golongan belia dan mereka mengayuh daripada Pusat Belia Penaga sehingga Dataran

Previous slide
Next slide

Sembang Covid-19: ‘Home Quarantine’ (15 Oktober 2021)

Pihak Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) dengan kerjasama St. John Ambulance Malaysia Penang State Disaster Squad dan Politeknik Balik Pulau telah menganjurkan satu program yang bertajuk Sembang Covid-19: 'Home Quarantine', untuk memberi pendedahan dan maklumat berkenaan cara dan panduan ketika menjalani kuarantin di rumah kepada pesakit Covid-19. Program ini dianjurkan bersama Pusat Belia Penaga, Pusat Belia Bertam, Pusat Belia Balik Pulau dan Pusat Belia Pulau Betong. Penceramah bagi program ini adalah Dr. Suaran Singh, Pegawai Pembedahan di Hospital Besar Pulau Pinang.

Previous slide
Next slide

PYDC X PLEXUS (18 September & 15 Oktober 2021)

Pihak Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) telah bekerjasama dengan syarikat PLEXUS MANUFACTURING SDN BHD dalam menjalankan temu duga terbuka secara atas talian kepada seluruh warga negeri Pulau Pinang pada 18 September dan 15 Oktober 2021. Program ini dianjurkan bersama Pusat Belia Penaga, Pusat Belia Bertam, Pusat Belia Balik Pulau dan Pusat Khidmat KADUN Bagan Jermal. Seramai 40 orang pemohon telah mengambil bahagian dalam temu duga terbuka tersebut dan kesemuanya ditawarkan pekerjaan yang membawa maksud kadar berjaya adalah 100%. Permohonan pekerjaan bersama PLEXUS masih dibuka.

Previous slide
Next slide

Karnival Mini Sempena Majlis Perasmian Pusat Belia Penaga (11 April 2021)

Satu Karnival Mini sempena Majlis Perasmian Pusat Belia Penaga telah berjaya diadakan pada 11 April 2021 oleh YB Soon Lip Chee di Dewan Penempatan Banjir Pengkalan Bongor. Pusat Belia Penaga merupakan pusat belia yang pertama dirasmikan dibawah kelolaan PYDC. Pusat Belia Penaga ini adalah kerjasama antara PYDC dan MPKK Guar Kepah. Antara aktiviti yang terdapat disamping majlis perasmian ini adalah kayuhan basikal, bengkel gubahan bunga, Blank Canvas: Pot Art, pameran oleh agensi-agensi dan klinik sukan petanque oleh MSNPP.

PUSAT BELIA BALIK PULAU

Pusat Belia Balik Pulau adalah pusat belia yang kedua dibawah seliaan PYDC yang telah berjaya dirasmikan pada 11 Disember 2021. Dewan MPKK Kuala Jalan Bharu kini juga dijadikan sebagai Pusat Belia Balik Pulau yang terletak di KADUN Teluk Bahang. Pusat Belia Balik Pulau ini adalah kerjasama diantara PYDC dan MPKK Kuala Jalan Bharu serta Rukun Tetangga Kuala Jalan Bharu. Pusat Belia Balik Pulau kini dibuka kepada semua belia untuk menggunakannya dan tertakluk kepada jadual yang dikawalselia oleh pihak MPKK Kuala Jalan Bharu.

Maklumat Pusat Belia Balik Pulau

Alamat : Pusat Belia Balik Pulau, Dewan MPKK Kuala Jalan Bharu, Kuala Jalan Bharu, 11000, Balik Pulau

Penyelaras : En. Edward Tan (Pengerusi KRT Kuala Jalan Bharu)

No. Telefon : 017-423 1188

E-mel : edward_cctan@yahoo.com

Previous slide
Next slide

Majlis Perasmian Pusat Belia Balik Pulau (11 Disember 2021)

Majlis Perasmian Pusat Belia Balik Pulau telah berjaya dirasmikan pada 11 Disember 2021 oleh YB Soon Lip Chee di Dewan MPKK Kuala Jalan Bharu. Pusat Belia Balik Pulau merupakan pusat belia yang kedua dibawah kelolaan PYDC. Pusat Belia Balik Pulau ini adalah kerjasama antara PYDC dan MPKK Kuala Jalan Bharu serta Rukun Tetangga Kuala Jalan Bharu. Antara aktiviti yang terdapat disamping majlis perasmian ini adalah kayuhan basikal, temu duga terbuka oleh FLEX & GREATECH, pameran oleh agensi-agensi dan klinik sukan angkat berat dan olahraga oleh MSNPP.

Previous slide
Next slide

Spring Cleaning @ Kuala Jalan Bharu (04 Disember 2021)

Satu aktiviti gotong-royong telah diadakan pada 4 Disember 2021 di Kuala Jalan Bharu. Seramai 15 orang Sukarelawan Belia Pulau Pinang telah menyertai aktiviti ini bagi menolong satu keluarga yang memerlukan pertolongan di kawasan Kuala Jalan Bharu, Balik Pulau untuk membersihkan rumah selepas dilanda banjir. PYDC telah bekerjasama dengan MPKK Kuala Jalan Bharu, KRT Kuala Jalan Bharu serta Majlis Bandaraya Pulau Pinang bagi membantu keluarga tersebut yang dimana kawasan rumah mereka juga berhampiran dengan Pusat Belia Balik Pulau.

Previous slide
Next slide

Sembang Covid-19: ‘Home Quarantine’ (15 Oktober 2021)

Pihak Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) dengan kerjasama St. John Ambulance Malaysia Penang State Disaster Squad dan Politeknik Balik Pulau telah menganjurkan satu program yang bertajuk Sembang Covid-19: 'Home Quarantine', untuk memberi pendedahan dan maklumat berkenaan cara dan panduan ketika menjalani kuarantin di rumah kepada pesakit Covid-19. Program ini dianjurkan bersama Pusat Belia Penaga, Pusat Belia Bertam, Pusat Belia Balik Pulau dan Pusat Belia Pulau Betong. Penceramah bagi program ini adalah Dr. Suaran Singh, Pegawai Pembedahan di Hospital Besar Pulau Pinang.

Previous slide
Next slide

Column Writing x SMJK (C) Sacred Heart (6 Oktober 2021)

Pihak Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) telah bekerjasama dengan SJK (C) Sacred Heart dalam menganjurkan satu Pertandingan Tulisan Lajur kepada para pelajar sekolah tersebut. Pertandingan yang telah membawa tema “Pembelajaran Masa Hadapan: Mampukah Pembelajaran secara Maya menggantikan Pembelajaran Tradisional?”. Pertandingan ini telah terbuka kepada dua kategori umur iaitu 15-17 tahun dan 18-30 tahun, manakala dipecahkan kepada 4 kategori Bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Seramai 18 peserta telah memenangi pertandingan tersebut mengikut kategori masing-masing. Pertandingan ini dianjurkan bagi menggalak anak muda untuk terus menulis kerana ini dapat memperbaiki daya pemikiran kritis dan membenarkan belia untuk melihat dari sudut pandang yang berbeza.

Previous slide
Next slide

PYDC X PLEXUS (18 September & 15 Oktober 2021)

Pihak Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) telah bekerjasama dengan syarikat PLEXUS MANUFACTURING SDN BHD dalam menjalankan temu duga terbuka secara atas talian kepada seluruh warga negeri Pulau Pinang pada 18 September dan 15 Oktober 2021. Program ini dianjurkan bersama Pusat Belia Penaga, Pusat Belia Bertam, Pusat Belia Balik Pulau dan Pusat Khidmat KADUN Bagan Jermal. Seramai 40 orang pemohon telah mengambil bahagian dalam temu duga terbuka tersebut dan kesemuanya ditawarkan pekerjaan yang membawa maksud kadar berjaya adalah 100%. Permohonan pekerjaan bersama PLEXUS masih dibuka.

Pusat Belia Bertam

Pusat Belia Bertam adalah pusat belia yang ketiga dibawah seliaan PYDC yang telah dirasmikan pada 27 Oktober 2021. Dewan MPKK Pongsu Seribu kini juga dijadikan sebagai Pusat Belia Bertam yang terletak di KADUN Bertam. Pusat Belia Bertam ini adalah kerjasama diantara PYDC dan MPKK Pongsu Seribu. Pusat Belia Bertam kini dibuka kepada semua belia untuk menggunakannya dan tertakluk kepada jadual yang dikawalselia oleh pihak MPKK Pongsu Seribu.

Maklumat Pusat Belia Bertam

Alamat   : Dewan Komuniti Pongsu Seribu, No. 135, Taman Orkid Pongsu Seribu, 13200, Kepala Batas, Seberang Perai Utara

Penyelaras : En. Shahidan Bin Saaid (Pengerusi MPKK Pongsu Seribu)

No. Telefon : 019-544 5689

E-mel : mpkkpongsuseribu@gmail.com

Previous slide
Next slide

Pertandingan Sepak Raga Tuju (5 Disember 2021)

Satu Pertandingan Sepak Raga Tuju telah berjaya diadakan pada 5 Disember 2021 di Pusat Belia Bertam. Pertandingan ini telah dirasmikan oleh YB Soon Lip Chee di gelanggang dewan berbumbung berhadapan Pusat Belia Bertam. Sebanyak 10 pasukan telah mendaftar dan menyertai pertandingan tersebut yang bermula dari jam 8 pagi sehingga 3 petang. Sukan Sepak Raga Tuju ini ingin diperluaskan kepada lebih banyak kawasan agar sukan ini mendapat pengiktirafan menjadi sukan di peringkat kebangsaan.

Previous slide
Next slide

Sembang Covid-19: ‘Home Quarantine’ (15 Oktober 2021)

Pihak Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) dengan kerjasama St. John Ambulance Malaysia Penang State Disaster Squad dan Politeknik Balik Pulau telah menganjurkan satu program yang bertajuk Sembang Covid-19: 'Home Quarantine', untuk memberi pendedahan dan maklumat berkenaan cara dan panduan ketika menjalani kuarantin di rumah kepada pesakit Covid-19. Program ini dianjurkan bersama Pusat Belia Penaga, Pusat Belia Bertam, Pusat Belia Balik Pulau dan Pusat Belia Pulau Betong. Penceramah bagi program ini adalah Dr. Suaran Singh, Pegawai Pembedahan di Hospital Besar Pulau Pinang.

Previous slide
Next slide

PYDC X PLEXUS (18 September & 15 Oktober 2021)

Pihak Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) telah bekerjasama dengan syarikat PLEXUS MANUFACTURING SDN BHD dalam menjalankan temu duga terbuka secara atas talian kepada seluruh warga negeri Pulau Pinang pada 18 September dan 15 Oktober 2021. Program ini dianjurkan bersama Pusat Belia Penaga, Pusat Belia Bertam, Pusat Belia Balik Pulau dan Pusat Khidmat KADUN Bagan Jermal. Seramai 40 orang pemohon telah mengambil bahagian dalam temu duga terbuka tersebut dan kesemuanya ditawarkan pekerjaan yang membawa maksud kadar berjaya adalah 100%. Permohonan pekerjaan bersama PLEXUS masih dibuka.

Pusat Belia Penanti

Pusat Belia Penanti adalah pusat belia yang keempat dibawah seliaan PYDC yang telah dirasmikan pada 27 November 2021. Satu ruang di dalam Dewan Pintar Taman Guar Perahu kini juga dijadikan sebagai Pusat Belia Penanti yang terletak di KADUN Penanti. Pusat Belia Penanti ini adalah kerjasama diantara PYDC dan Pusat Khidmat KADUN Penanti. Pusat Belia Penanti kini dibuka kepada semua belia untuk menggunakannya dan tertakluk kepada jadual yang dikawalselia oleh pihak Pusat Khidmat KADUN Penanti.

Maklumat Pusat Belia Penanti

Alamat : Pusat Belia Penanti, Dewan Serbaguna Taman Guar Perahu, Taman Guar Perahu, 14400 Kubang Semang, Pulau Pinang

Penyelaras : En. Ahmad Habuna (Pegawai Seranta Pusat Khidmat ADUN Penanti)

No. Telefon : 019-5771488

E-mel : habuna06@yahoo.com.my

Previous slide
Next slide

Karnival Jom Kerja Penanti & Majlis Perasmian Pusat Belia Penanti (27 November 2021)

Perasmian Pusat Belia Penanti telah berjaya dirasmikan oleh YB Soon Lip Chee pada 27 November 2021 di Dewan Pintar Taman Guar Perahu. Pusat Belia Penanti merupakan Pusat Belia yang keempat berjaya dirasmikan dibawah seliaan PYDC. Majlis Perasmian Pusat Belia Penanti ini diadakan sempena dengan Karnival Jom Kerja Penanti yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat ADUN Penanti. Turut hadir bagi majlis perasmian ini adalah YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh, YB Dr Hjh Norlela Ariffin, ADUN Penanti merangkap Exco Agroteknologi & Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, YB Abdullah Sani Abdul Halim, Ahli Parlimen Kapar, Dr Gwee Sai Ling, Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang dan Puan Elmariah Chung, Pengarah AADK Pulau Pinang. Antara aktiviti yang terdapat disamping majlis perasmian ini adalah temu duga terbuka, sesi dialog, acara panah tempur, bengkel suntingan video dan mural art.

Previous slide
Next slide

Video Editing Workshop (27 November 2021)

Satu bengkel Video Editing telah dijalankan bersempena Karnival Jom Kerja Penanti 2021 & Majlis Perasmian Pusat Belia Penanti pada 27 November 2021 di dalam ruangan Pusat Belia Penanti. 5 orang peserta telah menghadiri bengkel tersebut yang diajar oleh En Jae C. Banyak ilmu yang telah diajar oleh En Jae C kepada para peserta walaupun bengkel tersebut hanya berlangsung selama satu jam.

Previous slide
Next slide

Blank Canvas : Mural Art Penanti (27 November 2021)

Sempena dengan Karnival Jom Kerja Penanti 2021 & Majlis Perasmian Pusat Belia Penanti pada 27 November 2021, satu program Blank Canvas : Mural Art telah dijalankan di Pusat Belia Penanti dimana dinding bangunan Dewan Badminton Taman Guar Perahu telah dilukis dan diwarna mengikut tema ‘Penanti Lawan Dadah’. Inisiatif ini adalah bersama PYDC, Pusat Khidmat ADUN Penanti dan Agensi Antidadah Kebangsan (AADK). Seramai 8 orang Sukarelawan Belia Pulau Pinang telah menyertai program ini.

Gallery

Contact Us

If you have any enquiries, please contact us:

Penang Youth Development Corporation (PYDC)

PYDC

youthforfuturepg

© 2021 IYC — All Rights Reserved | Website powered by BigDomain.my