PENCARIAN BAKAT BELIA PULAU PINANG
Siapa yang kami cari?
Belia yang mempunyai bakat dalam bidang tarian, nyanyian,muzik, berpantun, pertunjukan silap mata atau bakat-bakat lain yang menakjubkan serta menghiburkan.
Cara untuk menyertai?
1. Isikan maklumat anda di borang-e yang telah disediakan pada pautan https://forms.gle/uY5wwR9MPRGpsi626 atau mengimbas kod QR pada poster “Pencarian Bakat Belia Pulau Pinang”.
2. Muatnaikkan video klip persembahan anda dalam format MP4 atau VOD di ‘google drive’ dan membekalkan pautan tersebut di borang pendaftaran.
3. Resolusi video penyertaan yang dihantar mestilah sekurang-kurangnya Video HD 720p (1280 x 720 pixel resolution).
4. Pendaftaran hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada jam 5.00 petang, 26 Jun 2022.
5. Peserta yang berjaya dipilih berpeluang untuk mengadakan persembahan di Majlis Rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Kriteria Penyertaan
1. Penyertaan adalah percuma.
2. Hanya penyertaan dalam tempoh yang telah ditetapkan akan diterima. Sebarang penyertaan selepas tempoh yang telah ditetapkan tidak akan dilayan.
3. Terbuka kepada belia berumur 15 hingga 35 tahun yang berasal dari negeri Pulau Pinang ataupun bermastautin di negeri Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 tahun.
4. Penyertaan adalah secara individu atau berkumpulan. Tiada had bilangan ahli bagi penyertaan berkumpulan.
5. Peserta yang sama adalah dibenarkan untuk menyertai dua (2) kategori yang berlainan.
6. Kos penyediaan video adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta.
7. Durasi setiap video hendaklah tidak melebihi tiga (3) minit.
8. Karya yang dihasilkan TIDAK BOLEH mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman, kebudayaan, keagamaan dan tidak menghina individu.
9. Setiap penyertaan mestilah merupakan kerja asal/asli dan tidak melanggar mana-mana hak cipta pihak lain.
10. Sila pastikan semua muzik yang digunakan berstatus bebas royalti. PYDC tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat pelanggaran hasil hak cipta.
11. Keputusan pihak penganjur adalah muktamad dan tidak boleh dicabar oleh mana-mana pihak.
12. Peserta dikehendaki memaklumkan kepada PYDC sekiranya terdapat sebarang pertukaran maklumat, contohnya contact point, jenis persembahan, peserta, atau mana-mana yang berkenaan.
13. PYDC berhak untuk menambah atau menukar terma dan syarat dalam program Pencarian Bakat Belia Pulau Pinang ini.
Tuntutan Hak Cipta
Dengan menyertai program ini, peserta dengan ini bersetuju bahawa sekiranya peserta terpilih, peserta membenarkan:
1. PYDC menggunakan video tersebut bagi tujuan promosi di mana-mana saluran PYDC sama ada sebelum, semasa dan selepas penyertaan; dan
2. Suntingan dibuat oleh PYDC terhadap video penyertaan bagi tujuan pendidikan, penyiaran dan promosi