OBJECTIVE

Meraikan kecemerlangan & Pencapaian Belia Pulau Pinang

Akademik atau Kokurikulum

Kebangsaan dan Antarabangsa

PENGENALAN

Best! Anak Penang SIKBMPP merupakan galakan positif daripada Kerajaan Negeri untuk memberi dorongan dan penghargaan kepada golongan belia di Pulau Pinang yang berjaya dalam mengharumkan nama baik Negeri Pulau Pinang dengan memenangi kejohanan berbentuk akademik dan kokurikulum di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

INSENTIF

BIL.
PERINGKAT
JENIS KEJOHONAN
KATEGORI
INSENTIF (RM)
JOHAN
NAIB JOHAN
TEMPAT KETIGA
1.
Kebangsaan
Pertandingan/aktiviti berbentuk akademik atau kokurikulum di peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh jabatan atau agensi Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan.
Individu
800.00
500.00
300.00
Pasukan
1,500.00
1,200.00
1,000.00
2.
Kebangsaan
Pertandingan/aktiviti berbentuk akademik atau kokurikulum di peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh badan bukan kerajaan atau pihak swasta di Malaysia.
Individu
500.00
300.00
200.00
Pasukan
1,000.00
800.00
500.00
3.
Antarabangsa
Pertandingan/aktiviti berbentuk akademik atau kokurikulum di peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh jabatan, agensi kerajaan atau kementerian negara yang berkenaan.
Individu
1,000.00
800.00
500.00
Pasukan
3,000.00
2,500.00
2,000.00
4.
Antarabangsa
Pertandingan/aktiviti berbentuk akademik atau kokurikulum di peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh badan bukan kerajaan atau pihak swasta di negara yang berkenaan.
Individu
800.00
500.00
300.00
Pasukan
2,000.00
1,500.00
1,000.00

TERMA & SYARAT

Berumur 15 tahun sehingga 30 tahun

Berwarganegara Malaysia dan dilahirkan di Pulau Pinang

Belajar secara sepenuh masa

Bermastautin (minimum 3 tahun) di Pulau Pinang

Permohonana hanya boleh dibuat satu (1) kali setahun sahaja

Jawatankuasa Penilaian SIKBMPP

Syarat Kelayakan

  1. Had umur pemohon adalah dari 15 tahun sehingga 30 tahun;

  2. Setiap pemohon mestilah berwarganegara Malaysia dan bermastautin di Pulau Pinang atau merupakan pengundi Pulau Pinang;

  3. Permohonan terbuka kepada penyertaan pertandingan/aktiviti secara individu atau berpasukan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa;

  4. Permohonan terbuka kepada pertandingan/aktiviti berbentuk akademik dan kokurikulum yang berkaitan dengan mana-mana kursus, mata pelajaran, aktiviti kelab atau persatuan;

  5. Permohonan pertandingan/aktiviti sukan tidak akan dipertimbangkan atas sebab Kerajaan Negeri Pulau    Pinang telah menyediakan insentif yang lain untuk atlet Pulau Pinang cemerlang iaitu Skim Insentif Kemenangan Sukan (SKIMAS);

  6. Berjaya mendapat Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga atau penyertaan yang boleh dipertimbangkan melalui Jawatankuasa Penilaian Skim Kecemerlangan Bakat Muda Pulau Pinang (SIKBMPP) dalam pertandingan/aktiviti berbentuk akademik atau kokurikulum yang dipertandingkan;

  7. Pertandingan/aktiviti peringkat kebangsaan yang dipertandingkan mestilah disertai oleh sekurang-kurangnya lima (5) buah negeri dan disahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, atau mana-mana kementerian yang berkaitan atau diiktiraf oleh badan-badan professional;

  8. Pertandingan/aktiviti peringkat antarabangsa yang dipertandingkan mestilah disertai oleh sekurang-kurangnya tiga (3) buah negara dan disahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, atau mana-mana kementerian yang bekaitan atau diiktiraf oleh badan-badan professional;

  9. Setiap peserta yang menyertai pertandingan/aktiviti secara individu atau berpasukan sama ada menyertai pertandingan/aktiviti di peringkat kebangsaan atau antarabangsa layak menerima insentif    sebanyak dua (2) kali sahaja dalam tempoh setahun mengikut kalendar tahunan tersebut;

  10. Permohonan dikemukakan kepada pihak PYDC selewat-lewatnya enam (6) bulan setelah tamat pertandingan/aktiviti tersebut;

  11. Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa SIKMBPP yang berkenaan dengan permohonan adalah muktamad;

  12. Sekiranya mana-mana kejohanan berpasukan terdapat pemenang-pemenang yang tidak bermastautin di Pulau Pinang atau bukan pengundi Pulau Pinang maka insentif hanya akan diberikan kepada mereka yang bermastautin di Pulau Pinang atau merupakan pengundi Negeri Pulau Pinang mengikut nisbah bilangan ahli;

  13. Minimum insentif sebanyak RM200 akan diberikan kepada setiap peserta yang menyertai pertandingan/aktiviti berbentuk pasukan sama ada dianjurkan oleh jabatan atau agensi Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan, atau pihak swasta untuk peringkat kebangsaan;

  14. Minimum insentif sebanyak RM300 akan diberikan kepada setiap peserta yang menyertai pertandingan/aktiviti berbentuk pasukan sama ada dianjurkan oleh jabatan atau agensi Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan, badan bukan kerajaan, atau pihak swasta untuk peringkat antarabangsa;

  15. Kejohanan yang dianjurkan oleh Kelab atau Persatuan daripada Institut Pengajian Tinggi Malaysia atau sekolah-sekolah perlu mendapat pengesahan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia atau mana-mana Kementerian yang berkenaan supaya dikategorikan dalam kategori Bil. (1). dan Bil. (3).

Syarat Kelayakan

Carta Aliran Permohonan (LAMPIRAN B)

Cadangan

  • Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Skim Insentif Kecemerlangan Bakat Muda Pulau Pinang (SIKBMPP) pada setiap suku tahun untuk tujuan membuat penilaian kelayakan dan meluluskan permohonan SIKBMPP
  • Dicadangan pada bulan Februari, Mei, Ogos dan November sekiranya terdapat sebarang permohonan daripada pemenang-pemenang kejohanan yang dipertandingkan.
  • Dicadangkan kuorum untuk mesyuarat jawatankuasa adalah sebanyak 3 ahli termasuklah BPEN sebagai ahli wajib.

Persoalan

Jabatan Kewangan Negeri memberi nasihat kepada urus setia tentang prosedur dan tempoh pembayaran kepada penerima skim ini.